9 negeri catat kes positif melebihi empat angka

0
1
Orang ramai menunggu giliran bagi menjalani saringan Covid-19 di pekarangan Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

SEBANYAK 20,897 kes Covid-19 dilaporkan di Malaysia hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu kini mencecah 1,746,254 kes.

Berdasarkan perkongsian data di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak sembilan negeri merekodkan jangkitan harian melebihi empat angka yang menyaksikan Selangor merekodkan kes positif paling tinggi iaitu 4,371 kes.

Ia diikuti Sabah yang merekodkan 2,594 kes positif, Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942), Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479), Perak (1,204) dan Kuala Lumpur (1,003).

Sementara itu, empat negeri masih merekodkan tiga angka jangkitan harian iaitu Pahang dengan 798 kes, Terengganu (608), Melaka (417) dan Negeri Sembilan (215).

Perlis pula merekodkan 64 kes positif Covid-19 baharu, Putrajaya 25 kes dan Labuan hanya satu kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here