KPN ucap tahniah kepada Menteri, Timbalan Menteri Dalam negeri

0
1

KETUA Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pelantikan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Ucapan yang sama turut diberikan kepada Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said serta Jonathan Yasin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“PDRM akan terus kekal komited dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang, demi kesejahteraan masyarakat serta negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah antara 31 menteri Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu Jumaat lalu.

Pengumuman itu dilakukan tujuh hari selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here