BEKAS Yang Dipertua Negeri, Tun Sakaran Dandai meninggal dunia akibat Covid-19, jam 5.30 pagi tadi
Berusia 91 tahun, beliau dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu setelah ditahan kerana virus itu pada 19 Ogos.
Sakaran, yang merupakan Ketua Menteri pertama Umno di Sabah pada tahun 1994, adalah Yang di-Pertua Negeri sejak tahun 1995 sehingga 2003 sebelum bersara. – Malaysiapost

