Kekurangan peralatan perubatan asas di Sabah mendesak – Shafie

0
1
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kekurangan peralatan perubatan asas terutama mesin ventilator adalah sangat mendesak bagi kegunaan di hospital-hospital awam di negeri itu.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata situasi kritikal itu diburukkan lagi dengan tiadanya perancangan jelas oleh kerajaan negeri berkenaan pengurusan Covid-19.

“Berapa ramai lagi yang harus kehilangan ahli keluarga?,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata penambahan kemudahan tersebut terutamanya amat perlu diberikan di kawasan luar bandar.

“Banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan segera melibatkan kemudahan asas,” katanya lagi.

Kes Covid-19 di Sabah meningkat semula kebelakangan ini dengan angka jangkitan yang dilaporkan melebihi 2,000 dan 3,000 kes sejak kira-kira seminggu lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here