Annuar yakin Wilayah Persekutuan terus maju dipimpin Shahidan

0
1

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yakin penggantinya iaitu Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mampu memacu Wilayah Persekutuan untuk terus maju.

Annuar yang kini mengetuai Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata ini kerana Shahidan mempunyai pengalaman luas sebagai bekas Menteri Besar Perlis serta menjadi anggota Kabinet.

“Sebagai mantan MB dan ahli Kabinet, insya-Allah Wilayah Persekutuan akan terus maju dan sejahtera di bawah kepimpinan beliau,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Annuar memaklumkan beliau berbual panjang bersama Shahidan antara lain mengenai proses transisi di Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Walaupun saya bukan lagi di Kementerian Wilayah Persekutuan, saya akan memberikan kerjasama bagi memastikan transisi yang lancar,” katanya.

Shahidan pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri antara 2013 hingga 2018.

Majlis mengangkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri akan berlangsung di Istana Negara esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here