Kompleks Rawatan Harian HTAR dibuka semula Isnin Ini

0
1

PROSES sanitasi dan dekontaminasi giat dijalankan di Kompleks Rawatan Harian (ACC) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sebelum kompleks berkenaan dibuka semula Isnin ini.

HTAR memaklumkan proses berkenaan dilakukan pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Andalas dan Pelabuhan Klang bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam.

Menurutnya, proses sanitasi dan dekontaminasi ACC yang sebelum ini dijadikan wad sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19 itu dijalankan selama dua hari bermula semalam.

“Ia merupakan proses sanitasi dan dekontaminasi terakhir sebelum ACC dibuka semula pada Isnin depan.

“Bagi pengoperasian semula klinik-klinik di ACC pula, ia dijangka bermula pada September ini,” menurut HTAR dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut HTAR, program sanitasi dan dekontaminasi turut dihadiri Pengarahnya Dr Zulkarnain Mohd Rawi, Timbalan Pengarah Perubatan (l) Dr Selvamalar Selvarajan dan Timbalan Pengarah Perubatan (Ill) dan Dr Md Razis Ramli. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here