Kerajaan baharu tak guna lagi nama kerajaan PN – Umno

0
1

UMNO menyokong penuh pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan akan membantu Naib Presiden Umno itu bagi memastikan kelancaran perjalanan pentadbiran kerajaan.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beberapa panduan utama telah dibincang dan dipersetujui bersama Perdana Menteri antaranya:

i. Menyahut titah saranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti bagi bersama-sama menangani kemelut ekonomi, Covid-19 dan kesejahteraan rakyat.

ii. Kerajaan baharu ini hendaklah segera memfokuskan usaha menangani Covid-19 dan proses vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok yang mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangon virus.

iii. Kerajaan mesti menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka termasuklah penambahbaikan pakej bantuan rakyat (BPN, BPR dan BKC), moratorium tanpa faedah terakru, pengeluaran i-Citra secara one-off dengan jumlah minimum RM10,000 dan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk

iv. Kerajaan terus menggunakan jenama ‘KELUARGA MALAYSIA’ dan Kerajaan Malaysia serta tidak lagi menggunakan penjenamaan Kerajaan Perikatan Nasional memandangkan kerajaan ini merupakan kerjasama politik longgar antara Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS), Perikatan Nasional (PPBM, PAS dan STAR), GPS dan PBS.

v. Kerajaan hendaklah mempertahankan peranan dan sistem demokrasi berparlimen sebagai wahana semak dan imbang kepada kerajaan.

vi. Penubuhan segera Suruvhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan oleh Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi-institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan yang menjadi benteng mempertahankan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang Negara.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata Umno mesti menjadi pelopor kepada usaha reformasi institusi dalam pelbagai cabang kerajaan.

“Ini termasuklah untuk mewujudkan Parlimen lebih efisien, pentadbiran telus dan bersih, pendanaan politik, Akta Anti Lompat Parti, campur tangan politik dalam pelbagai institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang seperti Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan lain-lain,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here