SEBANYAK 22,597 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini di seluruh negara, berbanding 22,070 kes semalam.
Angka itu menjadikan kes keseluruhan menghampiri 1.7 juta iaitu 1,685,510 kes direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan melanda.
Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi 5,814 kes (591,466 kes kumulatif).
Lapan negeri lain yang mencatatkan jangkitan lebih 1,000 kes iaitu Sabah 2,834, Sarawak (2,427), Kedah (1,772) dan Pulau Pinang (1,920).
Ia diikuti Johor 1,896 kes, Kelantan (1,289), Kuala Lumpur (1,111) dan Perak (1,061).
Terengganu merekodkan 739 kes, Pahang (579), Negeri Sembilan (345) dan Melaka dengan 269 kes.
Di Perlis sebanyak 98 kes baharu dicatatkan manakala Putrajaya (48) dan Labuan lima kes. – Malaysiapost

