Pemuda Umno tuntut Tengku Zafrul penuhi Tuntutan Rakyat

0
1

PEMUDA Umno berharap Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dapat memenuhi segera Tuntutan Rakyatdikemukakan pergerakan itu sebelum ini, susulan pelantikan semula beliau sebagai Menteri Kewangan.

Beliau berkata Tengku Zafrul perlu memberi perhatian terhadap isu moratorium, Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), Bantuan Khas Covid-19 (BKC) serta program berkaitan lain untuk rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

“Harapnya pelantikan semula Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan dapat penuhi segera #TuntutanRAKYAT berkaitan BPN, BKC, moratorium, i-Citra 10,000 lump-sum, suntikan fiskal tambahan, isu birokrasi dalam rayuan dan lain-lain.

“Pemuda Umno akan terus mendesak hingga berhasil dan rakyat dapat manfaat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelantikan semula Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan baharu.

Beliau dibantu dua timbalan menteri iaitu Mohd Shahar Abdullah dan Yamani Hafez Musa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here