Kes anggota TUDM maut ditembak, ATM tunggu siasatan polis

0
1

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) masih menunggu perkembangan siasatan kes empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembak di Kem TUDM di Kota Samarahan, Sarawak, 12 Ogos lalu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, kes itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya sedang menunggu laporan penuh.

“Perkara ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

“Jadi kita tidak boleh ulas lagi buat masa ini sehingga kertas siasatan polis dilengkapkan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penyerahan Kotak Makanan Program Bantu-Bantu Malaysia kepada Kementerian Pertahanan Sempena Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran ATM di sebuah hotel di Seri Kembangan, hari ini.

Dalam kejadian 12 Ogos lalu, empat anggota TUDM maut dalam kejadian tembak di Kem TUDM, Kota Samarahan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dilaporkan berkata, kejadian berlaku jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

Sehubungan itu, TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tembak yang mengakibatkan empat anggotanya maut di kem di Kota Samarahan, Sarawak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here