Kabinet baharu jayakan Keluarga Malaysia – Pemuda PAS

0
1
Ir khairil Nizam

PEMUDA PAS menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya membentuk sebuah barisan Kabinet yang membawa agenda keluarga Malaysia.

Ketuanya Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pemuda PAS dan Pemuda Perikatan Nasional (PN) berharap barisan Kabinet ini dapat mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pemerintah.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri di atas kejayaan membentuk sebuah kabinet jemaah Menteri yang diperkenan oleh DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menjayakan agenda “Keluarga Malaysia”.

“Saya selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia serta Ketua Pemuda Perikatan Nasional mendoakan agar kementerian yang dibentuk berorientasikan hasil kerja berlandaskan kepada tiga prinsip.

“..Iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat ini dapat memberikan nilai tambah ke atas keyakinan rakyat kepada Kerajaan yang menjadikan Pelan Pemulihan Ngara sebagai “exit plan” ketika pandemik Covid-19 ini,” katanya di Facebook, hari ini.

Khairil Nizam juga berkata, Kabinet ini merupakan manifestasi daripada Perdana Menteri yang mahukan Kabinet ini bercapaian tinggi.

“Kami daripada Pemuda PAS dan Pemuda PN harapkan Kabinet ini boleh menunjukkan hasil yang cemerlang dan siap sedia membantu bagi mencapai prestasi yang cemerlang.

“Semoga barisan jemaah menteri terus kuat dan sentiasa berada di dalam naungan dan bimbingan Allah SWT. Its time to serve the rakyat!” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here