JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam ialah 33,044,202 dos dengan 18,948,648 orang menerima dos pertama dan 14,095,554 dos kedua.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter @JKJAVMY, berkata sebanyak 408,295 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 155,669 dos pertama dan 252,626 dos kedua.
Sementara itu, berdasarkan data dan infografik yang dikongsi, secara keseluruhan sebanyak 58 peratus daripada populasi penduduk Malaysia sudah divaksinasi setakat ini dengan dos pertama, manakala 43.2 peratus lengkap dua dos.
Jumlah penduduk dewasa yang sudah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos pula adalah 80.9 peratus dan 60.2 peratus lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.
Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 6,790,680 dos pertama dan 5,415,045 dos kedua. – Malaysiapost

