Wanita Umno tulang belakang parti, gigih berjuang

0
1
Umno wanita chief Datuk Noraini Ahmad and Datuk Norliza Abd Rahim posing with wanita umno members during the Wanita umno general assembly meeting in PWTC

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan penghargaan terhadap Wanita Umno yang menyambut ulang tahun ke-72 penubuhannya hari ini.

Naib Presiden Umno itu mengakui tidak dapat membayangkan keadaan parti tanpa Wanita Umno yang bergadai nyawa dan harta demi menuntut kemerdekaan dan diteruskan sehingga hari ini.

“Tanpa Wanita Umno, tidak mungkin parti teguh membela bangsa dan rakyat. Tanpanya juga, mana mungkin negara mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan kerana wanitalah tulang belakang perjuangan,” katanya di Facebook.

Tambah beliau, bukan sedikit harta benda, keringat dan air mata yang tumpah bukan hanya untuk wanita, bahkan demi sebuah perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air tercinta.

“Selamat menyambut Ulang Tahun Wanita Umno ke-72! Jasamu akan terus dikenang dan disanjung sepanjang zaman,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here