PM dijangka menghadap Agong persembah barisan Kabinet baharu

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dijangka menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan tersebut bagi mempersembahkan senarai nama jemaah Kabinet untuk mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah.

Sesi menghadap dijangka berlangsung di sebelah pagi.

Isnin lalu, Ismail Sabri dilaporkan mengesahkan bahawa senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, senarai berkenaan terlebih dahulu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum diumumkan.

Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 21 Ogos lalu susulan penyandangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Ia selepas seramai 114 Ahli Dewan Rakyat mencalonkan Ismail Sabri, sekali gus memperoleh jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here