Ebit Lew tersentuh lihat kegigihan ‘rider’ cari rezeki

0
1

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew mengakui tersentuh dengan kegigihan penghantar makanan atau rider yang rata-rata terdiri daripada golongan muda mencari rezeki.

Menerusi hantaran terkini Facebooknya, Ebit berkata, beliau terharu dan sebak melihat golongan anak muda berkenaan yang kuat bekerja untuk keluarga masing-masing.

“Terharu sebak melihat anak muda semuanya. Rajin kuat bekerja. Bantu mak ayah dan sebahagian yang lain telah berkahwin mencari rezeki halal buat keluarga.

“Mereka ini tak berhenti dari awal PKP ehingga kini. Setiap hari berkorban membawa makanan dan barang dapur sampai depan rumah kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada golongan berkenaan yang memudahkan urusan orang lain.

“Tanpa kita susah payah ke sana sini di waktu ini. Allah sahaja dan pasti akan membalas jasa korban mereka selama ini.

“Terima kasih ye adik abang kakak semua. Masa beri sokongan, doa dan sedikit hadiah. Mereka semua kata banyak ni ustaz.

“Baik jer semua. Masa cerita iman, kasih sayang dan ibubapa mereka menangis. Saya doaakan mereka semua ini menjadi anak soleh,” katanya.

Beliau turut mendoakan semoga usaha penghantar makanan mencari rezeki yang halal mendapat reda Allah SWT.

“Terima kasih ye adik-adik semua. InsyaAllah Allah jaga dan pelihara adik semua. Bahagia dapat jumpa adik ni semua. Syukur sangat pada Allah yang sayang kita,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here