150 jemaah dibenarkan solat di masjid, surau Jumaat di Negeri Sembilan

0
1
Seramai 50 jemaah dibenarkan menunaikan Solat Jumaat dengan mengikut SOP di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur hari ini. Solat Jumaat dan fardu dibenarkan di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula hari ini termasuk solat Aidiladha dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kebenaran itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan SOP baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

MULAI esok, seramai 150 jemaah termasuk ahli jawatankuasa dan petugas dibenar menunaikan solat di masjid dan surau Jumaat di Negeri Sembilan

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata jemaah perlu melepasi tempoh 14 hari selepas menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Surau turut dibenarkan beroperasi untuk masyarakat awam, namun terhad kepada 30 jemaah terawal dengan syarat sama.

“Ini adalah pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti solat di masjid dan surau Jumaat di Negeri Sembilan dalam tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua.

“Kebenaran ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bermula 27 Ogos ini bersamaan 18 Muharram 1443 Hijrah,’ katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Aminuddin berkata, setiap jemaah diingatkan sentiasa mematuhi SOP termasuk memakai pelitup muka dengan sempurna, membawa sejadah peribadi bersaiz besar, menjaga penjarakan fizikal dan berwuduk terlebih dahulu dari rumah sebelum hadir ke masjid atau surau.

Menurutnya, orang ramai boleh merujuk SOP lengkap melalui saluran rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here