PM ucap takziah kepada keluarga bekas PAT

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth yang meninggal dunia, semalam.

Menerusi hantaran Facebook (FB) miliknya malam tadi, Perdana Menteri berkata, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) ketujuh itu banyak menabur jasa dan bakti sepanjang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 1952.

Beliau berkata, ini terutama dalam usaha menentang komunis selain pernah menjadi Penasihat Tentera Malaysia termuda dan pertama ke Indonesia pada 1958.

“Allahyarham yang dilahirkan pada 4 Februari 1929 di Johor Bahru, Johor, dilantik sebagai Panglima Tentera Darat bagi tempoh lima tahun bermula 1977 hingga 1982, sebelum dilantik sebagai PAT ketujuh (1982-1985).

“Saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira 10 pagi di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) akibat komplikasi jangkitan paru-paru. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here