PM guna jet kerajaan untuk tinjau, sampaikan bantuan bencana

0
1

BARU-BARU ini tular gambar Perdana Menteri menaiki jet kerajaan bersama beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).

Gambar-gambar tersebut dirakam ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perjalanan untuk meninjau kesan bencana kepala air Gunung Jerai, Isnin lalu.

Susulan itu, pemimpin pembangkang membuat pelbagai tohmahan kepada Perdana Menteri termasuk mendakwa beliau menyalahgunakan aset kerajaan.

Portal Malaysiaboleh tampil memberi penjelasan berhubung tatacara pengurusan dan kegunaan jet kerajaan.

Objektif tatacara pengurusan aset alih bagi penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan ialah semua aset itu hendaklah diguna dan dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur.

Ia bertujuan mengurangkan pembaziran, menjimatkan kos, mencapai jangka hayat, mencegah penyalahgunaan dan mengelakkan kehilangan.

Sementara itu, penggunaan aset alih hendaklah mematuhi peraturan berikut iaitu bagi tujuan rasmi sahaja adalah mengikut fungsi sebenar seperti yang terdapat dalam manual atau buku panduan pengguna, dikendalikan oleh pegawai yang mahir dan berkelayakan jika perlu dan hendaklah direkodkan penggunaannya.

Jelas dinyatakan dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan bahawa pesawat milik kerajaan Persekutuan adalah untuk tujuan rasmi sahaja, bagi menguruskan hal-hal berkaitan negara dan juga urusan perniagaan berkaitan negara.

Di sini, kita boleh melihat bahawa Perdana Menteri menggunakan jet kerajaan untuk melawat mangsa banjir di Kedah yang turut ditemani oleh beberapa Ahli Parlimen dan juga pegawai-pegawai kerajaan.

Perdana Menteri jelas menggunakan aset pesawat kerajaan untuk melawat mereka yang terkesan akibat tragedi kepala air di Yan. Adakah ini wajar dilabel sebagai penyalahgunaan kuasa?

Pada 23 Ogos lalu, Ismail Sabri telah mengumumkan bantuan segera berjumlah RM75 juta bagi membantu kerajaan negeri Kedah memperbaiki segala kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak akibat tragedi kepala air dari Gunung Jerai.

Peruntukan itu termasuk RM50 juta menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air yang antara lain untuk menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here