Pembangkang perlu bersatu “as a united Opposition” – Syed Saddiq

0
1
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyambut baik saranan supaya pembangkang bersatu atau sebagai “as a united Opposition”.

Cadangan itu dikemukakan Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Hannah Yeaoh semalam dalam usaha Pakatan Harapan (PH) untuk memperkasa serta mengekalkan sokongan dari keseluruhan jentera pembangkang.

“Saya menyambut baik cadangan dari Hannah Yeoh, bahawa pembangkang perlu bersatu “as a united Opposition”.

“Komunikasi, perbincangan dan pertemuan antara semua pembangkang adalah kritikal. Ia terbukti dengan persetujuan 100 peratus pembangkang dalam krisis politik minggu lepas.

“Paling penting, semua tindakan dan keputusan pembangkang harus mengutamakan rakyat. Ingat rakyat adalah tuan dan pembangkang perlu berkhidmat untuk rakyat sebaik dan sesungguh yang mungkin,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Syed Saddiq berkata sejak dua minggu lalu, krisis politik telah banyak memberi gambaran situasi politik negara hari ini dan juga di masa hadapan.

Realitinya, katanya, masih ada lagi yang bermain politik kuasa dan kedudukan.

“Itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh ahli-ahli politik yang mahu membina semula negara.

“Tetapi lebih jelas dari itu, krisis politik ini memberi signal jelas bahawa pembangkang ada potensi untuk menggalas tanggungjawab kepada negara, asalkan seluruh anggota pembangkang duduk dan merangka bersama masa hadapan negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here