Arab Saudi beri “green light” vaksin Sinovac, Sinopharm

0
2

ARAB Saudi semalam meluluskan dua lagi vaksin Covid-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm.

Memetik Arabnews.com, Kementerian Kesihatan berkata, setakat ini terdapat empat vaksin yang disetujui untuk digunakan di negara itu iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan Moderna.

“Justeru, mereka yang telah lengkap dua dos vaksin Sinopharm atau Sinovac diterima masuk, dengan syarat menerima dos penambah dari salah satu suntikan vaksin yang diiktiraf di negara ini,” katanya.

Arab Saudi sebelum ini mengatakan individu menerima dua dos dari dua vaksin yang berbeza, berdasarkan kajian ilmiah antarabangsa menunjukkan keberkesanan dalam menangani virus Covid-19.

Tambahnya, menurut cadangan semasa itu, dos kedua dapat diambil sekurang-kurangnya tiga minggu setelah menerima dos pertama.

Orang yang pulih dari Covid-19 harus menerima dua dos vaksin, iaitu dos pertama sekurang-kurangnya 10 hari selepas jangkitan dengan yang kedua diberikan sekurang-kurangnya tiga minggu selepas itu.

Sekiranya jangkitan berlaku setelah menerima dos pertama, dos kedua dapat diberikan sekurang-kurangnya 10 hari setelah jangkitan.

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan lebih daripada 13 juta orang telah divaksinasi sepenuhnya.

Kira-kira 62.05 peratus penduduk terima dos pertama dan 37.70 peratus lengkap kedua-duanya.

Pada kadar ini, 70 peratus penduduk dijangka mempunyai kedua-dua dos pada 9 Oktober. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here