Lebih 50 peratus terima vaksin lengkap

0
1
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

SEJUMLAH 18.476 juta populasi keseluruhan atau 78.9 peratus orang dewasa di Malaysia telah disuntik dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Berdasarkan data perkongsian Jawatankuasa Khas Jaminan AKses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Facebook, Lembah Kelang yang merangkumi Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi individu telah menerima satu dos suntikan vaksin iaitu 109.3 peratus dan Labuan sebanyak 101.4 peratus.

Turut mencatatkan peratusan tinggi adalah Negeri Sembilan (90.1 peratus) dan Sarawak (90.0 peratus).

Sementara itu 13.315 juta penduduk Malaysia iaitu 56.9 peratus telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin

Labuan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 92.9 peratus, Sarawak (85.4 peratus), Lembah Kelang (85.2 peratus), Negeri Sembilan (72.3 peratus) dan Perlias (62.4 peratus).

Untuk info, semalam telah merekodkan pemberian dos vaksin mencatatkan 396, 578 dos yang melibatkan 150,459 dos pertama dan 246,109 dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here