Kesal doktor enggan tunjuk sijil digital vaksinasi ketika masuk kedai

0
1

SEORANG pelanggan berstatus doktor dilaporkan enggan memberi kerjasama menunjukkan sijil digital vaksinasi untuk memasuki premis perniagaan.

Kisah itu tular di media sosial di mana seorang pengguna Twitter berkongsi keluhannya mengenai sikap doktor itu yang enggan menunjukan sijil digital vaksinasi ketika memasuki kedainya.

Dipetik dari laman Twitter @zakuanlah, dia berkongsi kejadian itu ketika menjaga pintu kedai di mana seorang pelanggannya bersikap endah tak endah apabila diminta menunjukan sijil digital MySejahtera.

“Tadi jaga pintu kedai dan sekarang memang kena periksa pelanggan punya MySejahtera. Terjadilah perbualan macam ni.

Saya: “Hai boleh saya lihat sijil vaksinasi?

Wanita tersebut: “Saya seorang doktor, saya dah lengkap divaksinasi.”

Bagaimanapun, pelanggan berstatus doktor itu akur untuk menunjukkan sijil digital tersebut selepas berulang kali diminta berbuat demikian dan dibenarkan untuk masuk ke premis perniagaan itu.

“Bagi yang bertanya, saya cuma ulang soalan saja “boleh saya lihat sijil vaksinasi anda?”.

“Dia buka MySejahtera dengan endah tak endah, mungkin tak puas hati sebab saya bertindak “saya tidak kisah siapa anda, saya cuma lakukan tugas saya”.

“Tapi ini saya la, lepas dia cakap dia doktor, awak doktor di hospital. Dekat sini awak pelanggan. Sama macam orang lain,” ciap Zakuanlah.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal kerana pelanggan berstatus doktor itu tidak mahu menunjukan sijil tersebut walhal ia adalah SOP yang perlu dilaksanakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here