Sultan Selangor gesa rakyat dapatkan vaksin, segera capai imuniti kelompok

0
1
Sultan Selangor

SULTAN Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyeru rakyat di negeri itu segera mendapatkan vaksin Covid-19 bagi mencapai imuniti kelompok.

Baginda bertitah, kerajaan negeri mahu pun wakil rakyat di Selangor haruslah memainkan peranan dalam menjayakan misi imuniti kelompok ini.

“Beta berharap rakyat Beta memberi kerjasama sepenuhnya untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 masing-masing seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Ahli-ahli Yang Berhormat semua perlu memainkan peranan untuk menasihatkan rakyat agar segera mengambil suntikan vaksin Covid-19 supaya negeri Selangor boleh mencapai imuniti kelompok pada tarikh yang disasarkan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada pembukaan persidangang Dewan Undangan Negeri Selangor yang bermula hari ini.

Namun, Sultan Sharafuddin menasihatkan rakyat yang telah mendapat dua dos suntikan vaksin agar jangan mengambil mudah dengan mengabaikan SOP yang ditetapkan.

“Beta berharap agar jangan ambil mudah dan merasakan diri kebal. Beta menyeru agar rakyat terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan hiduplah dalam norma baharu,” titahnya.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menegur langkah awal suntikan vaksin negara yang tidak menumpukan negeri yang ramai penduduk.

Baginda bertitah keutamaan suntikan pada awalnya juga tidak dilakukan di Lembah Klang sedangkan sektor industri pesat membangun khususnya di Selangor.

“Di samping itu juga, pada peringkat awal program vaksinasi negara dilaksanakan, tumpuan vaksinasi tidak diberikan keutamaan kepada negeri dan kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai.

“Keutamaan vaksinasi juga tidak dilakukan di Lembah Klang di mana kegiatan sektor industri adalah pesat khususnya di Selangor.

“Akibat dari itu wabak Covid-19 ini telah merebak dengan cepat di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai serta lahirnya kluster-kluster kilang yang merebak tanpa kawalan,” titah baginda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here