Remy Ishak terima hadiah kahwin dari Agong, Permaisuri

0
1

PELAKON Remy Ishak menzahirkan perasaan syukur atas pemberian istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempena pernikahannya Sabtu lalu.

Remy menerusi hantaran video di laman Instagramnya, menunjukkan pemberian istimewa daripada Istana Negara itu yang dibalut kemas dengan kertas berwarna kuning.

“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah SWT buat Tuanku dan Tunku,” katanya dalam video itu.

Sejak pelakon ‘Pujaan Hati Kanda’ itu bernikah dengan pilihan hatinya yang juga usahawan, Ezza Yusof, media sosial dibanjiri dengan komen ‘patah hati’ setelah ‘jejaka idaman Malaya’ itu menamatkan zaman solonya.

Remy dan Ezza selamat diijab kabulkan di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan kehadiran terhad kepada keluarga dan kenalan terdekat, Sabtu lalu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandung Ezza, Rozman Yusof. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here