‘Baik jangan lantik TPM, tiada gaduh’

0
1
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan syarat sokongan Perikatan Nasional (PN) terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Dalam hantaran di Facebook, Mohd Puad mahu tahu sama ada ia membabitkan isu moral atau jawatan dan sekiranya berkenaan kedudukan dalam kabinet perkara itu prerogatif Perdana Menteri.

“Maka dalam senario terbaru adalah wajar PM tidak melantik Timbalan Perdana Menteri. Biar kosong. Lagi aman. Tiada gaduh gaduh,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd Puad turut menegaskan sekiranya isu moral menjadi syarat maka Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak wajar tersenarai dalam kabinet apatah lagi Timbalan Perdana Menteri.

“Walaupun Azmin belum pernah didakwa tetapi persepsi buruk terhadap beliau berleluasa. Ia boleh jejas kredibiliti kerajaan baru yang mahu bina keyakinan baru. Jauhi imej PN 2.0,” katanya. – Malaysiapost

Hari ini tular kenyataan mendakwa Bersatu mengusulkan Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan parti itu dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimapun, Bersatu dan Perikatan Nasional menafikan mengeluarkan kenyataan itu.

Penafian itu dibuat di Facebook Setiausaha Agung Bersatu yang juga Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here