PRESIDEN Indonesia Joko Widodo mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.
Beliau yang juga dikenali sebagai Jokowi menzahirkan ucapan tahniah itu menerusi akaun Twitternya, @jokowi.
“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Ismail Sabri Yaakob@IsmailSabri60 atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Kesembilan Malaysia.
“Bersedia untuk terus menjalinkan kerjasama bagi memperkukuh hubungan dua hala Indonesia-Malaysia,” kata Jokowi malam tadi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri ke-9 di Istana Negara sekitar jam 2.30 petang semalam. – Malaysiapost

