‘Ismail’ berpeluang makan ikan patin tempoyak percuma

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1629608830766","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

ANDA bernama Ismail? Jika ya, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan ikan patin tempoyak percuma di Restoran Temerloh Catering yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam.

Promosi hidangan ikan patin tempoyak percuma itu sempena pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9, semalam.

Menerusi laman Facebook Restoran Temerloh Catering, memaklumkan orang ramai hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan bagi mendapatkan hidangan itu.

Malah, sesiapa yang nama berbin atau binti Ismail, serta alamat kediaman yang mempunyai perkataan itu juga layak mendapatkan hidangan percuma tersebut.

“Syaratnya hanya kepada sesiapa sahaja bernama Ismail, bin atau binti Ismail dan alamat rumah mempunyai perkataan nama itu. Promosi hidangan itu hanya terhad kepada 100 orang pertama sahaja,” katanya.

Katanya, promosi berkenaan sebagai tanda sokongan dan mengalukan pelantikan Ismail Sabri yang merupakan anak jati Temerloh, Pahang.

Semalam, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here