DAP bersedia pertimbangkan tawaran PM

0
1

DAP bersedia mempertimbangkan tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kepimpinan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 (JKMC).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pihaknya sanggup membuat pertimbangan itu demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat dan negara.

“Asalkan bukan sekadar tangkap muat dan menjadi ‘rubber stamp’ kerajaan semata-mata.

“Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Twitter, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh pula meragui saranan Perdana Menteri tersebut kerana kerajaan pimpinan beliau sebelum ini turut menawarkan perkara yang sama namun disifatkan gagal kerana tidak mencapai kata sepakat.

“Apa yang diumumkan oleh PM Ismail Sabri hari ini pernah diumumkan bulan lepas. #KerajaanGagalYangSama,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam ucapannya petang tadi menawarkan ruang kepada kepemimpinan pembangkang untuk menganggotai MPN dan JKMC serta berharap kerjasama rentas parti untuk memastikan Malaysia segera keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here