Liverpool pamer keunggulan di awal musim, benam Burnley 2-0

0
1

LIVERPOOL unggul mencapai kemenangan pertama musim ini di hadapan penyokong sendiri apabila membenam Burnley 2-0.

Inilah kali pertama Anfield kembali menjadi hiruk pikuk sorakan penyokong Liverpool sejak pandemik Covid-19 melanda pada tahun 2020.

Menariknya, dua gol Liverpool dicetuskan oleh dua pemain pertahanan sayap yang terus melenyapkan impian Burnley untuk melakar kejutan di Anfield.

Hantaran cantik bek kiri, Kostas Tsimikas singgah tepat di kepala Diego Jota yang tidak mensia-siakan peluang keemasan dengan tandukan padu menewaskan penjaga gol Burnley, Nick Pope pada minit ke-18.

Sembilan minit kemudian, Liverpool tidak bernasib baik melebarkan kedudukan 2-0 apabila gol penyerang Mohamed Salah dibatalkan selepas semakan semula ulang tayang video mendapati dia berada di kedudukan offside.

Bersambung pada babak kedua, Liverpool dikejutkan gol awal oleh Ashlay Barnes, namun malangnya gol itu tidak dikira kerana Barnes terlebih dahulu dalam posisi offside.

Liverpool mendapat gol kedua menerusi corak permainan berpasukan yang menarik apabila Van Dijk melakukan hantaran jauh yang menemui Harvey Elliot.

Satu kawalan dada kemas daripada Elliot yang kemudian menghantar kepada Trent Alexander Arnold yang pantas membuat lorongan memerangkap pertahanan lawan, sekali gus membebaskan Sadio Mane dalam kedudukan terbaik menjaringkan gol.

Penyerang kelahiran Senegal itu tidak melepaskan peluang dengan merembat padu menerjah gawang gol Burnley pada minit ke-69.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat permainan dan Liverpool berjaya mengumpul enam mata dan belum dibolosi dalam dua perlawanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here