Jangan beri peluang pada yang berdemo – Razlan Rafii

0
1
Datuk Razlan Rafii

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menyifatkan tindakan tegas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani kumpulan yang melakukan demostrasi ketika negara masih memerangi wabak Covid-19 adalah tepat.

Beliau berkata, setakat semalam kes harian Covid-19 mencecah angka 23,000 maka seharusnya tindakan undang-undang perlu diambil bagi kumpulan yang sengaja mahu menggugat keselamatan dan nyawa rakyat.

“Satu lagi tindakan Tegas Polis, memberikan keutamaan kepada Kepentingan dan Keselamatan serta kesihatan rakyat Malaysia.

“Dua hari lepas, aktivis yang berdemo di Dataran, mereka semua ditangkap dan dilokap, hari ini perintah mahkamah untuk menghalang Perhimpunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razlan berkata, tindakan PDRM bertepatan demi menjaga keselamatan negara ketika krisis kesihatan masih di peringkat membimbangkan.

“Pihak Polis melaksanakan tugasan mereka dengan terhormat, tidak perlu memberi ruang kepada mereka yang mahu berdemo dan menunjuk perasaan tanpa memikirkan nyawa rakyat yang lain,” ujarnya.

Seramai 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang berhimpun sambil membakar lilin dan memegang kain rentang putih pada program memperingati mereka yang gugur disebabkan pandemik Covid-19 dikompaun RM62,000 semalam

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellan Yahaya berkata, tindakan diambil selepas Pasukan Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengesan mereka berhimpun di Dataran Merdeka pada 8 malam Khamis lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here