53 peratus populasi dewasa lengkap vaksin Covid-19

0
2
Petugas mencucuk vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

SEBANYAK 12,408,803 atau 53 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya, memaklumkan sehingga semalam seramai 17,961,600 orang atau 55 peratus telah menerima dos pertama.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 30,370,403 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 483,855 dos diberikan semalam dengan 155,030 adalah dos pertama manakala 328,825 merupakan dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here