21 petugas kesihatan HSA positif Covid-19

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

SEBANYAK 21 kes positif Covid-19 dikesan membabitkan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, semalam.

Pengarah HSA Dr Mohtar Pungut, berkata Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan itu dikesan hasil aktiviti saringan termasuk pengesanan kontak dijalankan susulan daripada pengumuman yang dibuat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Katanya, pengurusan HSA juga bertindak segera untuk mengawal serta mengekang penularan jangkitan Covid-19 di fasiliti kesihatan berkenaan.

“Langkah-langkah kawalan merangkumi mengenal pasti kontak rapat di tempat kerja, rumah dan sosial serta melakukan saringan calitan, manakala tindakan merawat, pemantauan dan kuarantin dijalankan mengikut kategori pesakit serta kontak.

“Kerja sanitasi dan nyahkuman juga sudah dilakukan di semua lokasi yang terlibat. Pengoperasian Jabatan Kecemasan dan Trauma HSA tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Unit Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Persekitaran akan memantau tahap kesihatan semua petugas kesihatan yang terbabit.

“Ia termasuk amalan kawalan infeksi diperketatkan dan dipantau oleh Unit Kawalan Infeksi di kalangan kakitangan dan petugas kesihatan.

“Pengurusan HSA menyeru orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan norma baharu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here