Sharifudin Abdul Rahim
Yang di-Pertuan Agong hari ini mempengerusikan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, antara lain bagi memutuskan siapakah Perdana Menteri baharu yang bakal dilantik.
Ia bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.








Lebih 50 pengamal media dari pelbagai agensi berada di pekarangan pintu utama seawal jam 8.30 pagi bagi membuat liputan keberangkatan tiba dan perbincangan Raja-Raja Melayu itu biarpun dalam keadaan hujan.





