Perbincangan Raja-Raja Melayu bermula

0
2

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba di Istana Negara sebentar tadi bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung pelantikan Perdana Menteri baharu.

Baginda tiba pada jam 2.20 petang disusuli keberangkatan tiba Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin lima minit kemudian.

Ia diikuti keberangkatan tiba Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada jam 2.33 petang dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir tiga minit kemudian.

Suasana di pekarangan luar Istana Negara petang ini tenang sambil dicurahi hujan.

Lebih 50 pengamal media dari pelbagai agensi berada di pekarangan pintu utama seawal jam 8.30 pagi bagi membuat liputan keberangkatan tiba dan perbincangan Raja-Raja Melayu itu biarpun dalam keadaan hujan.

Mesyuarat khas itu yang dipengerusikan Yang di Pertuan Agong antara lain bagi memutuskan siapakah Perdana Menteri baharu yang bakal dilantik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here