KEDIAMAN Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya, menjadi tumpuan para pengamal media ketika ini.
Tumpuan pengamal media beralih dari Istana Negara ke Tropicana susulan Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini.
Bagaimanpun setakat ini, pengawal keselamatan tidak membenarkan pengamal media memasukinya, dan terpaksa berkumpul di hadapan pintu gerbang di kawasan tersebut.
Sehingga kini, belum ada tanda-tanda pengamal media diberi kebenaran memasuki kawasan kediaman Naib Presiden Umno itu.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bera diperkenankan untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang di lstana Negara, esok. – Malaysiapost

