Hanya pemeriksaan biasa di rumah Ebit Lew – polis

0
2

POLIS menjelaskan hanya melakukan pemeriksaan biasa di kediaman pendakwah, Ebit Lew di Setia Alam semalam.

Ia bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual yang sedang disiasat polis terhadap pendakwah itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pemeriksaan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur perlu dilakukan polis dalam melengkapkan kertas siasatan.

“Kita hanya melakukan pemeriksaan yang biasa dilakukan dan ia bertujuan untuk melengkapkan siasatan,” katanya seperti dilapor Kosmo! Online.

Bagaimanapun, Abd Jalil enggan mengulas sekiranya terdapat barangan yang dirampas ketika pemeriksaan di kediaman pendakwah terbabit.

Semalam, polis dilaporkan melakukan pemeriksaan bagi mencari bahan bukti di rumah Ebit di Setia Alam, Selangor.

Ia susulan tiga kenderaan milik PDRM dilihat memasuki kawasan berkenaan kira-kira jam 4.15 petang.

Selang beberapa minit, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam dengan logo badan kebajikan pendakwah terbabit turut memasuki kawasan perumahan itu.

Siasatan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis dibuat beberapa individu yang mengaitkan pendakwah terkenal itu dengan dakwaan gangguan seksual. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here