Kumpulan pertama Ahli Parlimen tiba di Istana Negara

0
1

SEBAHAGIAN Ahli Parlimen tiba di Istana Negara sebentar tadi dipercayai berhubung pelantikan Perdana Menteri kesembilan.

Mereka tiba secara berasingan di Pintu 2 Istana Negara dengan menaiki dua bas.

Bas pertama tiba pada jam 10.35 pagi dan diikuti bas kedua pada jam 10.43 pagi tadi.

Wakil media telah menunggu di kawasan itu sejak jam 8 pagi tadi, susulan maklumat berhubung Ahli Parlimen dijemput ke Istana Negara yang tersebar sejak malam tadi.

Kira-kira jam 10 malam tadi, tular satu edaran senarai 114 nama kehadiran Ahli Parlimen ke Istana Negara hari ini.

Kumpulan pertama jam 10 pagi melibatkan 24 Ahli Parlimen iaitu 18 dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan enam dari Bersatu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here