Agong titah PM kesembilan segera usul undi percaya

0
1
YDP Agong

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Perdana Menteri baharu yang akan dilantik perlu mengemukakan usul undi percaya segera di Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, baginda menitahkan sedemikian bagi membolehkan Perdana Menteri Kesembilan mengabsahkan dirinya telah mendapat majoriti ahli Dewan Rakyat.

Beliau berlata, Yang di-Pertuan Agong juga bertitah, perkara itu adalah menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam hal ini, Seri Paduka selanjutnya bertitah selaku Ketua Utama Negara, baginda akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berperlembagaan berteraskan keluruhan Perlembagaan dan Kedaulatan Undan-Undang,” titah baginda dalam kenyataan disiarkan Istana Negara, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong juga akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu semasa dijadualkan Jumaat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here