
KERAJAAN hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang bermula 18 hingga 31 Ogos.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, berkata pelaksanaan PKPD itu setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.
Enam lokaliti di Tawau, Sabah dikenakan PKPD adalah Kampung Mentadak Baru di Pulau Sebatik, Kampung Sri Aman di Jalan Ampas, Kampung Hidayat di Batu 4, Taman Semarak Jaya, Lorong Damai di Jalan Damai, dan Lorong Haji Marzuki di Jalan Damai.
Manakala, lokaliti di Pahang dikenakan PKPD di Kampung Luit di Maran. – Malaysiapost
