Sekolah dibuka secara berperingat mulai 3 Oktober – Menteri Pendidikan

0
1

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sesi persekolahan di seluruh negara akan dibuka 3 Oktober depan, berbanding 1 September ditetapkan sebelum ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pembukaan sesi persekolahan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.

“Perincian mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dimaklumkan oleh KPM dalam waktu terdekat,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.

Beliau juga menjelaskan sekolah di negeri dalam fasa 1 PPN tidak akan dibuka manakala fasa 2 pula hanya membabitkan
kelas peperiksaan sahaja iaitu murid tingkatan lima dan enam.

“Negeri di fasa tiga boleh benarkan sekolah dibuka untuk murid peperiksaan dan murid lain, namun bagi Fasa 2 dan Fasa 3 ini keputusan membuka sesi persekolahan tertakluk kepada penilaian risiko dalam setiap negeri tersebut,” katanya.

Radzi turut menjelaskan KPM sebelum ini tidak membuat kenyataan bahawa semua sesi persekolahan akan dibuka mulai 1 September ini.

“Ia tertakluk pada penilaian risiko yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara dengan perbincangan bersama KPM,” katanya.

Ia susulan ramai pihak tidak bersetuju keputusan membuka semula sesi persekolahan pada 1 September ini berdasarkan kes harian Covid-19 yang masih meningkat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here