Nafi letak pesakit Covid-19 di tandas

0
1

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) menafikan menempatkan Covid-19 di ruangan tandas seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Unit Komunikasi Korporat HKL dalam satu kenyataan berkata video berkaitan merupakan video lama yang telah digunakan semula dengan pelbagai versi palsu.

“Video ini adalah situasi kesesakan yang berlaku di Bilik Dekontaminasi (Decon Room) Jabatan Kecemasan HKL pada 19 Julai lalu.

“Bilik Dekontaminasi ini adalah berfungsi untuk mengasingkan pesakit-pesakit berjangkit seperti Covid-19,” kata kenyataan itu di Facebook HKL hari ini.

Kenyataan itu berkata, keadaan di Jabatan Kecemasan HKL buat masa ini adalah terkawal dan dakwaan bahawa pesakit-pesakit ini diletakkan di ruangan tandas HKL adalah tidak benar.

“Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak mempercayai berita yang ditularkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here