Labuan kembali catat jangkitan baharu

0
1

MALAYSIA mencatatkan 20,546 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan jangkitan terus melonjak kepada 1,404,899 kes.

Berdasarkan data yang dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Labuan kembali mencatatkan jangkitan baharu Covid-19 iaitu tiga kes, berbanding sifar kes semalam.

Angka kes baharu di Selangor kembali melonjak melepasi 7,000 apabila melaporkan 7,307 jangkitan, diikuti Sabah (1,665), Kedah (1,596), Johor (1,508) dan Kuala Lumpur (1,442).

Pulau Pinang mencatatkan 1,111 kes, disusuli Perak (1,069), Kelantan (1,025), Sarawak (963), Pahang (926), Negeri Sembilan (698), Melaka (631), Terengganu (534), Putrajaya (47) dan Perlis (21). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here