Mesyuarat tergempar Kabinet petang ini?

0
1
Jalur gemilang dipasang di sekitar jalan menujuk ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

SATU mesyuarat tergempar melibatkan pimpinan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya petang ini.

Utusan Malaysia melaporkan tidak seperti kelaziman mesyuarat Kabinet yang hanya dihadiri menteri, mesyuarat petang ini dikatakan akan turut disertai timbalan menteri.

Malah, ketua whip parti-parti dalam PN dilaporkan akan turut bersama dalam mesyuarat tersebut, menurut akhbar itu yang memetik satu sumber.

“Selalunya menteri yang hadir mesyuarat tetapi petang ini turut melibatkan semua timbalan menteri,” kata sumber itu.

Mesyuarat itu diadakan kira-kira 24 jam selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan persefahaman rentas parti untuk membentuk kerajaan bi-partisan.

Sehubungan itu Muhyiddin mengemukakan tujuh cadangan sekiranya usul undi percaya kepada Perdana Menteri diluluskan secara bi-partisan di Dewan Rakyat dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Antaranya, Ketua Pembangkang diberi saraan dan kemudahan setara dengan Menteri Kanan, selain memastikan jumlah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen lebih seimbang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here