Kediaman PM kembali jadi tumpuan

0
1

KEDIAMAN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di ibu negara kembali menjadi tumpuan susulan perkembangan semasa politik negara.

Petugas media kini berkampung di laluan masuk ke pekarangan kediaman Perdana Menteri, susulan laporan berhubung satu mesyuarat tergempar bersama menteri dan timbalan menteri hari ini.

Media melaporkan sejak beberapa jam lalu, beberapa kenderaan dipercayai membawa pemimpin politik, menteri dan timbalan menteri memasuki kawasan kediaman Muhyiddin.

Antaranya kenderaan membawa Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Perkhabaran mengenai mesyuarat tergempar itu hadir kira-kira 24 jam selepas Muhyiddin mencadangkan persefahaman rentas parti untuk membentuk kerajaan bi-partisan.

Semalam Muhyiddin mengemukakan tujuh cadangan sekiranya usul undi percaya kepada Perdana Menteri diluluskan secara bi-partisan di Dewan Rakyat dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Antaranya, Ketua Pembangkang diberi saraan dan kemudahan setara dengan Menteri Kanan, selain memastikan jumlah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen lebih seimbang. – Malaysiapost

Gambar Fail Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here