Cadangan vaksinasi kanak-kanak 12-17 tahun diumum minggu depan – KJ

0
1

KERAJAAN akan mengumumkan cadangan berkenaan vaksinasi Covid-19 kepada kanak-kanak dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun, minggu depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata surat pekeliling terbaharu mengenainya akan disemak semula oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

“Sebagaimana @DGHisham (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) surat pekeliling terbaru berikutan cadangan yang disemak semula kepada @JKJAVMY, PICK akan mula memberikan vaksinasi kepada kanak-kanak berumur 12-17 tahun dengan urutan keutamaan berikut:
1) 12-17 w / keadaan perubatan yang mendasari
2) 12-17 tanpa masalah perubatan berdasarkan peningkatan usia.

“Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh @JKJAV mengenai bagaimana vaksinasi Covid-19 untuk remaja akan dilaksanakan mengikut @DGHisham…surat pekeliling dan garis panduan klinikal terkini juga dikemas kini,” katanya.

Khairy memaklumkan perkara tersebut menerusi ciapan di laman Twitter @Khairykj miliknya, hari ini.

Jun lalu, kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun ke atas boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Sebelum ini MySejahtera hanya membenarkan keluarga mendaftarkan tanggungan mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Ini susulan kelulusan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi golongan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here