Muhyiddin persembah keadaan semasa negara pada Sultan Johor

0
1

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Pertemuan itu berlangsung selepas persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

“Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titahnya.

Terdahulu, pada pagi tadi Tan Sri Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir turut menghadiri persidangan hari pertama DUN Johor.

Majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 itu dirasmikan oleh Baginda Tuanku Sultan.

Sidang DUN berkenaan kemudian ditangguhkan sehingga 22 Ogos ini. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here