11,162 kematian akibat Covid-19

0
1

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini sudah melebihi 11,000 kes sejak wabak berkenaan melanda negara iaitu 11,162 kes dengan 201 kematian dan membabitkan 34 kes kematian luar hospital (BID) dilaporkan hari ini.

Berdasarkan data dan infografik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini, jumlah keseluruhan kes kematian itu adalah sebanyak 0.86 peratus berbanding jumlah keseluruhan 1,299,767 kes.

Kes sembuh baharu pula merekodkan 16,258 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh sehingga kini 1,057,843 kes atau 81.39 peratus daripada kes keseluruhan yang direkodkan di Malaysia setakat ini.

Setakat ini, jumlah kes aktif yang dilaporkan adalah sebanyak 230,762 kes, manakala daripada 19,991 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 16,563 kes adalah membabitkan warganegara dan 3,428 kes lagi bukan warganegara.

Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah serama 1,096 kes dan daripada jumlah itu, 570 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here