Pembangkang utus surat kepada Agong

0
1

AHLI Parlimen pembangkang telah mengutus surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menolak kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, lapor Berita Harian.

“Ya kita ada buat surat (akuan). Surat itu dihantar menerusi parti (masing-masing dalam komponen Pakatan Harapan).

“Cuma saya tak pasti bila surat itu dihantar, tetapi saya ada dimaklumkan mengenainya,” kata Timbalan Presiden Amanah itu.

Selain itu, Parti Warisan turut mengesahkan ada mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara sama.

Ketua Wira Warisan yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman memaklumkan parti itu sudah menandatangani dan menghantar surat berkenaan.

“Warisan juga mengesahkan perkara ini. (Surat) ditandatangani dan diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong,” ciapnya di Twitter, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here