Keluarga nafi Ahmad Sarji meninggal dunia

0
1
Ariff Tuah Ahmad Sarji

KELUARGA Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menafikan laporan kematian bekas Ketua Setiausaha Negara itu yang tular di media sosial, hari ini.

Anaknya, Ariff Tuah Ahmad Sarji dalam kenyataan ringkas berkata, bapanya masih menerima rawatan di wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras.

“Bagi pihak keluarga Tun Ahmad Sarji, saya sedar perkhabaran yang viral sekarang ini dan ingin mengatakan bahawa ianya tidak benar.

“Pada masa ini, ayah saya masih menerima rawatan di Wad ICU, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) dan keadaannya stabil,” katanya.

Justeru, beliau sekeluarga memohon orang ramai terus mendoakan suapay Allah SWT menganugerahkan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan untuk bapanya.

Jumaat lalu, media melaporkan Ahmad Sarji dimasukkan ke ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz akibat komplikasi Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) dalam hantaran Facebook.

Ahmad Sarji merupakan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 iaitu ketika era pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selepas bersara, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB). – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/The ClubHouse Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here