212 kes kematian direkodkan hari ini

0
1

JUMLAH kematian akibat Covid-19 masih mencecah tiga angka dengan merekodkan 212 kes kematian baharu, hari ini.

Semalam, negara mencatatkan 360 kematian dan ia angka yang paling tinggi pernah direkodkan semenjak virus berkenaan melanda negara.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 10,961.

Selain itu, sebanyak 15,187 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 1,041,585.

Kes harian jangkitan Covid-19 hari ini mencatatkan 17,237 kes menjadikan keseluruhan kes kini 1,279,776 kes.

Berdasarkan kes baharu yang dicatatkan hari ini, 17,207 adalah kes tempatan manakala 29 lagi kes import.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,095 kes dengan 579 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here